Parit Buntar – Lebih 100 pendatang asing tanpa izin (Pati) dipercayai terdiri daripada etnik Rohingya dan warga Bangladesh ditahan polis di perairan Kuala Gula dekat sini, pagi hari ini sabtu (30/4/2022).
Kesemua mereka itu ditahan pada 10 pagi selepas bot yang membawa mereka terkandas di benteng pasir di kawasan berkenaan.
Pati berkenaan termasuk kanak-kanak kini berada di Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Kurau untuk proses dokumentasi.
(sumber metro)